Bahaya Punyai Perut Boroi Boleh Mengakibatkan Mati Pucuk?


Bagi mereka yang mengalami masalah mati pucuk, kini ada alternatif yang lebih murah dan tidak perlu menelan ubat. Penyelesaian itu ialah dengan menurunkan berat badan dan membuang lemak di bahagian perut. Untuk mendapatkannya, lakukan senaman secara teratur serta jalani gaya hidup sihat.

Seperti yang diungkapkan dalam kajian terbaru yang dimuatkan dalam Journal of Sexual Medicine, usaha untuk menurunkan di antara lima hingga 10 peratus berat badan dalam tempoh dua bulan mampu meningkatkan fungsi ereksi dan mengembalikan keinginan seksual lelaki obes yang menghidap diabetes.

Kajian yang dilakukan di Australia itu memang berskala kecil kerana sekadar melibatkan 31 orang sukarelawan. Namun, kesimpulannya menjadi penting apatah lagi kajian sebelum ini menunjukkan obesiti dan mati pucuk saling berkait.

Berat badan berlebihan terutamanya pembentukan lemak di perut, boleh mempengaruhi fungsi seksual lelaki dengan pelbagai cara. Obesiti akan mengganggu kemampuan tubuh untuk menyalurkan darah ke bahagian zakar dan menyebabkan pengeluaran testosteron menurun.

Meskipun hasil kajian tentang pelangsingan tubuh dan mati pucuk terus berkembang, fakta menunjukkan bahawa lelaki yang aktif secara fizikal dan mempunyai diet yang sihat secara relatif memiliki aktiviti seks yang berkualiti.

Pakar-pakar perubatan juga berharap fakta bahawa dengan menurunkan berat badan dapat memperbaiki kehidupan seks akan membuka mata kaum Adam yang berperut buncit supaya lebih sedar tentang ancaman bahaya penyakit lain seperti jantung, diabetes dan strok.
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Bahaya Punyai Perut Boroi Boleh Mengakibatkan Mati Pucuk?

8 carutan:

  1. beb..u knw wht??tht night(actually mornink dh pon time kita tdo) pas sembang2 pasal smua tu, gue mimpi pasal gegula dlm bekas kompak powder tu..seyes..lokasi kedai mamak mana ntah..tp yg sedey semua bkas gula2 karat..then x bli.huhu cedey (padahal kalo bli pon dlm mimpi jer)..kan??ngee3x

    ReplyDelete
  2. hahaha..itew smngat..!! nestumm..!!

    ReplyDelete
  3. nestum konon...roti canai transfer rd blom tentu :P

    ReplyDelete
  4. alamakk...TEKSI!!!!!...
    caboooottt....kekekekke

    ReplyDelete
  5. burung ape?
    burung murai..

    burung ape?
    burung murai..sayang

    burung ape?
    burung murai nak..

    burung ape?

    "P.A.N.G!!" (pelempang hinggap di pipi kanan betul2 tepi telinga)

    tau..tau.. burung murai ayah..

    moral of the story : jgn mempersendakan ayah anda, sayangi mereka..selagi mereka masih hidup. Dan, belajar mengenal jenis2 burung dari kecik.

    INGAT 2

    ReplyDelete
  6. Aku Sering Terlupa
    Pohon rendang
    Helai gugur disuluh senja
    Malam di perbaringan

    Usik suria
    Dan bening waktu
    Mengejut mimpi
    Aku sering terlupa bertanya
    Berapakah usiaku pagi ini?

    ReplyDelete