Kenapa Pengunjung Pantai Malaysia Lebih Takutkan Serangan Jerung Daripada Lemas?

Pantai? Jerung? Lemas?

Ya, itulah yang aku ingin kongsikan sedikit pasal infonya.

Nampak macam pelik ... Tapi itulah hakikatnya.

Tapi memang patut pun takut pada serangan jerung.

Dan patut juga takut pada kelemasan.

Baiklah ini info dan sedikit pengetahuan tentang perkongsian kali ini.


Aku akan ceritakan pasal kenapa Kenapa Pengunjung Pantai Malaysia Lebih Takutkan Serangan Jerung Daripada Lemas?



Memetik laporan Expedia.com.my® baru sahaja mengeluarkan laporan Expedia® Flip Flop 2016, sebuah kajian tahunan berkenaan perangan dan pilihan pengunjung pantai di seluruh negara.

Di samping kenyataan 38% yang lebih gemar bercuti di pantai dalam negara dan 71% telah bercuti di pantai pada 12bulan yang lalu, banyak perangai pelik turut ditemui.

Selepas 30tahun filem Jaws ditayangkan, sebanyak 35% pengunjung pantai Malaysia berkata bahawa mereka takut dengan serangan ikan jerung. Walaupun pada dasarnya, serangan jerung adalah sesuatu yang sangat jarang berlaku di Malaysia. Sebuah laman popular mengenai serangan jerung http://www.sharkattackdata.com/place/malaysia, hanya tiga serangan berlaku di Malaysia sejak tahun 1968 – itu pun tidak mendatangkan maut. Ini lebih tinggi berbanding 16% yang berkata mereka takut akan lemas sewaktu di pantai. Ini mungkin disebabkan 51% pengunjung pantai jarang sekali berenang, mereka lebih suka melihat pengunjung pantai lain iaitu sebanyak 40%.

Simon Fiquet, Pengurus Besar untuk Asia Tenggara dan India kumpulan Expedia berkata: “Kajian ini telah menyedarkan kita bahawa Malaysia dan rakyatnya adalah merupakan destinasi yang menarik untuk dilawati! Industri pelancongan tempatan telah melihat perkembangan positif dengan destinasi popular seperti Pulau Perhentian, Langkawi dan Pangkor Laut menjadi tarikan pengunjung tempatan dan asing sejak saban tahun.”

Apabila ditanya tentang kemudahan yang perlu ada pada sesebuah tempat peranginan, 63% responden mengundi untuk WiFi, 38% perlukan akses Internet untuk berkongsi pengalaman mereka di media sosial.

Kajian ini dijalankan oleh Expedia melalui Northstar, sebuah syarikat perundingan global. Tinjauan telah dijalankan di atas talian dari 6-21 April 2016 menggunakan panel GMI (Global Market Insite) dan Lightspeed Research.

Mengenai Expedia.com.my®
Expedia.com.my® menawarkan pengunjung pelbagai pilihan hotel, aktiviti dan pelancongan pada harga yang menarik. Dengan ribuan rakan kongsi seluruh negara tersedia di Expedia.com.my®, pengunjung boleh menempah kesemua yang diperlukan mereka untuk sebuah percutian – bilik bagi memenuhi setiap bajet, segala jenis aktiviti dan perkhidmatan pelancongan.
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Kenapa Pengunjung Pantai Malaysia Lebih Takutkan Serangan Jerung Daripada Lemas?

1 carutan:

  1. DI SAAT KU MENCARI TIADA?
    DI SAAT KU PERLUKAN HILANG?
    DIMANAKAH IA
    SENTUHAN DAN BELAIAN MESRA BERSAMA MU...

    KU TERASA SUNYI
    JIWA KU SENGSARA
    TIADA KASIH SAYANG
    CINTA ABADI
    DARI MU

    INGIN KU LARI DIMANA?
    INGIN KU KEJAR SIAPA?
    KU DITENGAH2 KEBINGUNGAN
    APA YG SEBENAR KU MAHU....

    BANTU N TOLONGLAH KU
    MENCARI ERTI CINTA SEBENAR
    DARI SEORANG INSAN
    YG SUDI MENERIMA KU.....

    ReplyDelete